Testimonial Video Mengenai Herbalife
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda hari ini? di harapkan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini merupakan hari untuk bersenang-senang di rumah, maklumlah hari ahad. Setelah melakukan beberapa kerja-kerja rumah, saya melayari internet buat seketika. Semasa melayari youtube, saya terlihat video testimonial mengenai Herbalife yang di rakam pada tahun 2008 di Hotel Flamengo.Tahun yang sama saya mula menggunakan Herbalife.
Walaupun video ini di rakam oleh orang lain, tetapi saya masih baru menggunakan Herbalife waktu itu dan main-main lagi sewaktu menggunakannya. Setelah menghadiri seminar tersebut, saya mengetahui pelbagai cara bagaimana menggunakan Herbalife untuk memaksimakan hasil. Lain orang lain keputusannya, bergantung kepada badan masing-masing.
Seringkali juga saya menerima email dan SMS daripada mereka yang tidak memperolehi hasil yang di ingini setelah beberapa lama. Kepada mereka yang telah menjadi ahli kepada distributor lain, saya hanya bagi ringkasan sahaja, sebab saya tidak boleh mengganggu downline orang lain. Itu peraturan dari Herbalife.
Ada juga mereka berpendapat bahawa halaman web rahsia langsing berfungsi sebagai media penerangan kepada Herbalife. Tidak!! halaman web ini di tubuhkan sebagai salah satu media pemasaran kepada saya yang merupakan Independent Distributor bagi produk Herbalife. Oleh itu sesiapa yang SMS atau email saya untuk bertanya minta maaf jika anda telah menjadi ahli kepada orang lain, saya tidak boleh balas lebh-lebih, ia tidak adil kepada saya dan juga upline mereka.
Oleh itu, sila tengok video tersebut dan fahamkan bahawa kesan bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Jika ada pertanyaan untuk produk atau menjadi ahli, jangan lupa hubungi saya seperti no yang tertera di blog ini. Tetapi jika anda telah menjadi ahli kepada orang lain minta maaf, saya tidak boleh menjual produk kepada anda.
Akhir sekali, ada juga yang tanya saya mengenai harga. Harga yang saya tawarkan adalah seperti yang tertera di halaman web rahsialangsing.Memang di akui ada yang menawarkan diskaun sebab itu ada harga yang berbeza-beza. Polisi saya, saya ikut harga yang di tentukan oleh syarikat, apa yang saya boleh berikan adalah coaching dan support yang terbaik yang termampu saya beri. Itu sahaja buat kali ini, kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.
sekian,
![]()








