Siapa Suka Makan Mcdonald?

Assalammualaikum,

Dah tengok video diatas? Jika belum, sila tengok kerana artikel kali ini akan di tulis berdasarkan video diatas.

Video di atas sering saya tunjukkan apbila saya membuat shake party di rumah bakal klien saya. Video tersebut menunjukkan produk Mcd mengandungi pelbagai bahan pengawet dan dalam tempoh tertentu bagaimana keadaannya. Begitu jugalah keadaannya jika produk Mcd tersebut berada dalam perut anda. French fries tidak hadam, Burger menjadi busuk dan sebagainya.

Sebelum menggunakan produk Herbalife, saya merupakan penggemar setia Mcdonald, terutama Big Mac, tetapi setelah menonton video tersebut, saya cuba untuk tidak lagi menjadi penggemar Big Mac, tetapi saya tidaklah membuang terus Mcdonald, cuma saya hanya makan sekali-sekala.

Saya tidak ingin mengulas banyak-banyak, cuma mengajak anda berfikir, jika makanan sebegini yang masuk kedalam badan anda, tidak mustahil jika suatu hari nanti, pelbagai penyakit yang akan datang. Oleh itu, mulakan hari anda dengan memakan makanan yang bernutrisi, kerana anda adalah apa yang anda makan.

Salam sihat

rahsia langsing

Share This Post

No Comments

Leave a reply