Produk Untuk Kulit.
Assalammualaikum,
Setelah bertungkus lumus selama seminggu mempelajari cara-cara untuk menambah applikasi e-dagang di blog saya ini, siap juga akhirnya. Applikasi e-dagang itu saya tambah supaya pengunjung blog ini boleh membeli produk Herbalife terus dari blog ini.
Tetapi saya hanya meletakkan produk untuk kulit pada shopping cart yang saya bina. Untuk melihat shopping cart tersebut, cuba klik pada Produk Untuk Kulit yang terletak di kiri blog ini. Saya meletakkan produk ini setelah mengikuti latihan penggunaan produk ini dan kini sedang menggunakannya.
Tetapi melalui respon daripada pengguna, mengakui produk ini setanding dengan jenama terkenal, malah ada yang telah bertukar dengan menggunakan produk ini.
Untuk pengetahuan anda, harga yang di paparkan adalah harga runcit, manakala untuk ahli pula mempunyai diskaun sebanyak 25%. Hanya ahli yang mendaftar dengan rahsialangsing sahaja yang boleh membeli dengan harga ahli, jika seseorang itu mendaftar dengan pengedar yang lain, saya tidak boleh menjual kepada beliau. Sebenarnya ada banyak lagi produk yang ingin saya paparkan, memandangkan masa tidak mencukupi. Saya akan menambah produk ini dari masa ke semasa.
Saya menambah produk ini keranan Herbalife mempunyai produk nutrisi dalaman dan luaran, tetapi walaubagaimanapun dalaman adalah yang palingĀ penting. Kombinasinya adalah 80% dalaman manakala 20% luaran.
Salam sihat









