Reaksi Menggunakan Produk Herbalife.

Assalammualaikum,

Sebelum menggunakan Herbalife, setiap pelanggan yang akan di tanya secara terperinci mengenai penyakit yang pernah dialami baik sewaktu kecil ataupun sebelum menggunakan Herbalife. Suami saya menggunakan Herbalife untuk menaikkan berat badan. Untuk pengetahuan anda, Herbalife adalah produk untuk menurunkan berat badan, reshape badan, kesihatan dan menaikkan berat badan, yang berbeza cuma penggunaannya sahaja. Memandangkan di Malaysia, masalah utama adalah berlebihan berat badan, oleh itu pasaran tertumpu saya lebih kepada menurunkan berat badan.

Suami saya ada penyakit lelah sewaktu kecil dan penyakit itu hilang sewaktu berumur 7 tahun. Penyakit ini akan menyerang jika tidak mengawal pemakanan dan juga faktor cuaca. Cuaca yang sejuk sangat pun tak boleh, panas sangat pun tak boleh. Sebelum menggunakan Herbalife, suami saya juga mempunyai resdung, kahak berdarah dan hidung tersumbat. Itu juga salah satu pakej bagi mereka yang pernah mempunyai lelah. Setelah menggunakan Herbalife untuk beberapa bulan, kahak berdarah, hidung tersumbat dan resdung tiada lagi.

Tetapi lelah yang telah hilang sewaktu berumur 7 tahun menyerang kembali, coach saya iaitu leader saya berkata, itu adalah reaksi hasil menggunakan produk Herbalife. Suami Saya hampir membeli kembali ubat untuk melegakan lelah di farmasi. Tetapi apa yang suami saya buat ialah ambil segelas herbalife jika lelah menyerang, tidak beberapa lama kemudian lelah akan lega semula. Cara ini juga dilakukan oleh pesakit lelah yang menggunakan Herbalife sewaktu saya bertemu mereka di hari pelanggan herbalife yang diadakan di Berjaya Convention centre tempoh hari.

Salah seorang kawan saya juga memberikan Herbalife kepada ibunya yang di serang stroke. Setelah minum shake, ibunya berasa pening-pening. Itu juga merupakan tindak balas badan terhadap shake herbalife yang kita minum. Ini mungkin di sebabkan badan kita yang kekurangan nutrien, kemudian diberikan nutrien. Saya juga akan tulis artikel mengenai ibu kawan saya itu.

Kesimpulannya, Herbalife bukannya ubat tetapi ia merupakan sejenis makanan ang mengandungi nutrien yang diperlukan oleh badan. Oleh itu, jika sesiapa yang menjadi klien saya akan diberikan coaching yang sewajarnya dan bebas menghubungi kami bila-bila masa (kecuali masa tidur). Dan kepada mereka yang belum menjadi ahli, pastikan anda memilih coach yang betul. Ini adalah di sebabkan saya juga yang menghubungi saya untuk penerangan produk sedangkan mereka sudah menjadi ahli dengan orang lain.Oleh itu, saya tidak dapat membantu kerana ia adalah syarat untuk menjual produk Herbalife

Ikhlas,

Share This Post

Ulangtahun Kedua Halaman Web Rahsialangsing

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang masih sudi berkunjung ke blog ini.

Sudah agak lama saya tidak menulis artikel di blog ini. Ini adalah lantaran kesibukan yang di lalui setiap hari. Di samping urusan perpindahan kerumah baru kami di Rawang, mengadakan shake party untuk ahli baru serta membalas email dari bakal pelanggan ditambah dengan kerja-kerja pejabat menambahkan lagi kesibukan saya. Kerja semakin bertambah tetapi masa masih 24 jam sehari. Setelah urusan perpindahan kerumah kami di Rawang selesai, saya akan memastikan artikel di blog ini aktif, paling tidak satu artikel sebulan.

Pada tahun ini, genap dua tahun halaman web www.rahsialangsing.com berada di halaman sesawang. Dan dalam tempoh itu juga saya berjaya memperolehi pelanggan yang kini menjadi kawan hanya melalui internet. Ada yang pernah bertemu muka dan ada juga yang tidak pernah. Selain itu, saya juga berjaya mengumpul beberapa ratus senarai email dalam pengkalan data komputer saya. Di harap agar mereka yang mendaftar dalam pengkalan data akan bertukar kepada prospek.

Setelah dua tahun halaman web www.Rahsialangsing.com berada di internet, pelbagai kejayaan telah di kecapi cuma saya belum berjaya merekrut supervisor di bawah saya. Di harapkan agar tahun, kami berjaya merekrut sekurang-kurangnya seorang.

Saya juga ingin memastikan halaman web Rahsialangsing sebagai rujukan kepada mereka yang serius ingin melangsingkan badan. Walaupun saingan semakin sengit, saya percaya bahawa produk menceritakan segalanya. Bak kata orang putih “ Lets product talk”. Oleh itu, saya berharap agar halaman web ini dapat menjadi antara halaman web perintis dalam industri kebugaran (wellness). Ada juga antara mereka yang menjadikan halaman web rahsialangsing sebagai rujukan dalam menggunakan produk. Mungkin mereka telah membeli produk Herbalife dari orang lain dan tidak mendapat “coaching” maka sayalah yang menjadi sasaran rujukan.

Di sebabkan peraturan syarikat yang melarang ahli membeli produk dari orang lain selain daripada  upline mereka, saya telah menjadi bahan rujukan, ini menyebabkan banyak masa saya telah terbuang.Untuk pengetahuan kepada mereka yang belum menjadi ahli Herbalife, setelah anda mendaftar dengan seseorang, anda tidak boleh membeli produk dari orang lain. Anda akan kekal dengan orang tersebut.

Oleh itu, pastikan anda mendaftar dengan orang yang betul-betul dapat membimbing anda untuk menjadi langsing. Sekian dahulu artikel kali ini, semoga kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

ikhlas,

Share This Post

Video Terbaru Daripada Team Rahsia Langsing

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya tidak akan menulis panjang kerana video yang saya hasilkan akan bercerita pula. Saya ada membuat satu video mengenai kesihatan dan Herbalife.

Ini merupakan video pertama yang saya hasilkan. Jika ada kekurangan kepada video tersebut, saya minta maaf. Kekurangan tersebut akan saya perbaiki dari semasa ke semasa.

Untuk menonton video tersebut, sila klik pautan di bawah:

www.rahsialangsing.com/video

Saya akan cuba menghasilkan video seperti ini pada masa akan datang di samping artikel.

Oleh itu, sekali lagi, jika ada kekurangan ke atas video tersebut, saya memohon maaf.

salam sihat,

Share This Post

« Previous PageNext Page »