Info for beginner..

Salam dan selamat malam sumer…erm, malam nie terasa nak menulis plak ditambah suasana nyaman malam nie kerana hujan kat luar tue..woo lena tido nie..ahaks!

Malam nie saya nak bercerita mengenai pengalaman saya pula. Apa yang saya tahu memang ramai org yang berminat untuk turunkan berat badan nie..ialah, terdapat pelbagai sebab kita nak turunkan berat badan kan dan ada pelbagai cara di luar sana yang diperkenalkan pada kita..Tapi hanya satu jer persoalannya iaitu berjaya atau tidak dan juga baik atau bahaya pada diri kita sendiri.

Saya tahu ramai di luar sana yang berminat dengan herbalife(tetapi terfikir fikir tentang harganya, saya dulu pun begitu juga..hehe)

Disebabkan keazaman yg kuat untuk turunkan berat badan dan juga mengetahui kebaikannya, maka saya tetap mencuba. Selagi kita tak cuba kita tak tau kan??

Yang paling utama juga kerana saya memikirkan jika dibandingkan harga untuk herbalife yang kita pasti akan dapat resultnya, berbanding tidak guna produk ini tetapi duit tetap habis beli macam2 makanan yang tak berkhasiat yang cuma bg hasil badan makin bertambah GEMUK , so saya rasa lagi berbaloi beli herbalife kan?

So satu hari saya cuba buat kira2 sendiri chewah..nak compare nyer pasal nie, betul ke tak apa yg saya fikirkan.

Dalam sehari saya bole habiskan lebih kurang RM7-RM15 untuk berbelanja. Biasala kan waktu rehat dgn kawan2 nie, pasti ada jer tempat makan yang di tujui…ditambah lagi dengan membeli barang2 sampingan lagi..woo byk gak habis.

Dikira 1 day RM15- Spent makan

30 day x RM15= RM450

Jika i spent duit tue untuk beli produk, rasanya lagi baik coz badan pun slim, reshape dan juga ada result (berbaloi tue pada diri sendiri)

oleh itu saya selalu berfikir bahawa betul lah apa yang dikatakan iaitu

We are what we eat!

Jadi, cuba cubalah tanya diri kita sendiri..APA KITA MAKAN HARI INI???

Semoga bercerita lagi, good nite to all!




Share This Post

Testimonial Video Mengenai Herbalife

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? di harapkan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini merupakan hari untuk bersenang-senang di rumah, maklumlah hari ahad. Setelah melakukan beberapa kerja-kerja rumah, saya melayari internet buat seketika. Semasa melayari youtube, saya terlihat video testimonial mengenai Herbalife yang di rakam pada tahun 2008 di Hotel Flamengo.Tahun yang sama saya mula menggunakan Herbalife.

Walaupun video ini di rakam oleh orang lain, tetapi saya masih baru menggunakan Herbalife waktu itu dan main-main lagi sewaktu menggunakannya. Setelah menghadiri seminar tersebut, saya mengetahui pelbagai cara bagaimana menggunakan Herbalife untuk memaksimakan hasil. Lain orang lain keputusannya, bergantung kepada badan masing-masing.

Seringkali juga saya menerima email dan SMS daripada mereka yang tidak memperolehi hasil yang di ingini setelah beberapa lama. Kepada mereka yang telah menjadi ahli kepada distributor lain, saya hanya bagi ringkasan sahaja, sebab saya tidak boleh mengganggu downline orang lain. Itu peraturan dari Herbalife.

Ada juga mereka berpendapat bahawa halaman web rahsia langsing berfungsi sebagai media penerangan kepada Herbalife. Tidak!! halaman web ini di tubuhkan sebagai salah satu media pemasaran kepada saya yang merupakan Independent Distributor bagi produk Herbalife. Oleh itu sesiapa yang SMS atau email saya untuk bertanya minta maaf jika anda telah menjadi ahli kepada orang lain, saya tidak boleh balas lebh-lebih, ia tidak adil kepada saya dan juga upline mereka.

Oleh itu, sila tengok video tersebut dan fahamkan bahawa kesan bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Jika ada pertanyaan untuk produk atau menjadi ahli, jangan lupa hubungi saya seperti no yang tertera di blog ini. Tetapi jika anda telah menjadi ahli kepada orang lain minta maaf, saya tidak boleh menjual produk kepada anda.

Akhir sekali, ada juga yang tanya saya mengenai harga. Harga yang saya tawarkan adalah seperti yang tertera di halaman web rahsialangsing.Memang di akui ada yang menawarkan diskaun sebab itu ada harga yang berbeza-beza. Polisi saya, saya ikut harga yang di tentukan oleh syarikat, apa yang saya boleh berikan adalah coaching dan support yang terbaik yang termampu saya beri. Itu sahaja buat kali ini, kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

sekian,

Share This Post

Saya Telah Mendapat Seorang Penyelia Di bawah Saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda pengunjung baru dan lama di blog ini. Buat pengeahuan anda semua, saya telah berpindah ke Bandar Tasik Puteri, Rawang dan baru semalam streamyx di aktifkan di rumah saya. Oleh itu, saya mempunyai masa yang lebih untuk menulis artikel, menjawab segala pertanyaan mengenai produk dan sebagainya.Tetapi saya hanya berada di Rawang pada hujung minggu serta cuti umum, serta 2 hari pada waktu bekerja.

Buat pengetahuan anda, Herbalife adalah syarikat yang tertakluk kepada akta jualan langsung di Malaysia dan juga seluruh dunia. Oleh itu, ia juga mempunyai peringkat-peringkat tertentu daripada member, supervisor dan hingga kepada chairman. Tetapi semua ini di capai hasil daripada jualan produk dan juga jualan berulang dan bukannya hasil menjual membership.

Dalam Herbalife, anda boleh buat duit pada level supervisor ke atas iaitu sebanyak 50% dari jualan runcit dan 25% dari ahli di bawah anda. Apabila anda dapat supervisor di bawah anda, anda akan dapat royalti mengikut peratus tertentu. Sebenarnya panjang jugak penerangannya. Kalau anda nak tahu lebih lanjut, hubungi saya pada nombor di tepi blog ini.

Untuk pengetahuan anda, saya telah mendapat seorang supervisor di bawah saya setelah 2 tahun. Ia mungkin bukan satupencapaian yang menakjubkan memandangkan saya hanya melakukan pemasaran melalui internet dan saya juga kenal supervisor di bawah saya ini juga melalui internet. Saya sudah bersyukur dengan rezeki dari Allah itu kerana saya bukannya mengharapkan pendapatan 5 angka sebulan (kalau dapat bagus juga kerana banyak rumah anak yatim dan ibu tunggal di kawasan saya tinggal sekarang, so bolehlah menyumbang serba sedikit) tetapi cukup jika dapat menyamai gaji yang saya perolehi sekarang. Bolehlah saya berhenti kerja dan membuat kerja-kerja pemasaran dari rumah.

Saya menulis artikel ini untuk menunjukan kepada anda semua betapa seriusnya saya dalam menjalankan perniagaan ini. Kerana saya yakin bahawa rakyat Malaysia ini mengalami penambahan berat badan kerana di sebabkan pemakanan yang tidak teratur dan berkalori tinggi. Memandangkan gaya hidup rakyat negara ini yang sentiasa sibuk dengan kerja seharian di pejabat dan rumah, manalah ada masa untuk mengira jumlah kalori dalam makanan, janji kenyang sudah cukup. Di sebabkan itulah halaman web Rahsia Langsing memberikan pilihan kepada rakyat yang ingin mengurangkan berat badan di samping membekalkan nutrien yang cukup kepada badan melalui kaedah penggantian sarapan. Di situlah Herbalife mengambil tempat di pasaran kebugaran (wellness) di Malaysia ini.

Sekian buat kali ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini blog ini sekerap yang mungkin.

ikhlas,

Share This Post

« Previous PageNext Page »