Mengenai Herbalife

Herbalife di asaskan oleh Mark Hughes pada tahun 1980.Beliau terpanggil untuk mencipta produk melangsingkan badan yang selamat dan berkesan setelah ibu beliau meninggal dunia setelah gagal dalam usahanya untuk menguruskan badan.
Beliau telah pergi ke negara China untuk belajar dengan para pakar herba supaya beliau boleh mencipta produk yang seboleh-bolehnya paling berkesan. Beliau tahu ini adalah satu-satunya cara untuk mencipta produk berkualiti tinggi yang telah, secara hakikatnya menolong herbalife menjadi salah satu daripada peneraju pasaran pada hari ini.
Pada mulanya, beliau menjual produk herbalife dari bot keretanya. Disebabkan hasil produknya yang positif, banyak syarikat kewangan bersedia untuk membiayai perniagaan beliau. Herbalife kini menjadi syarikat multinasional. Produknya di hasilkan dari gabungan terbaik antara sains dan alam semulajadi. Walaupun beliau telah meninggal dunia, visinya yang ingin menjadikan herbalife di sajikan disetiap dapur di seluruh dunia telah diteruskan oleh Michael O Johnson iaitu bekas presiden Walt Disney.
Herbalife adalah merupakan peneraju dalam pengurusan berat badan, anti penuaan, supplimen nutrisi, tenaga dan penjagaan diri.
Herbalife juga disenaraikan di Bursa Saham New York dan beroperasi di lebih 65 buah negara serta baru memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2005.Mempunyai lebih 50 juta testimonial bertulis dari lebih 40 juta pelanggan.

Herbalife juga menjadi penaja utama kepada kelab L.A Galaxy yang di anggotai oleh David Beckham.
Mempunyai Lembaga Penasihat perubatan dan saintifik Herbalife, untuk memastikan produk-produk Herbalife mencapai atau melebihi piawaian paling tinggi yang boleh di capai. Lembaga penasihat ini di anggotai oleh doktor, saintis dan ahli nutrisi yang ternama di Amerika Syarikat. Selain itu Herbalife juga mempunyai makmal sendiri dengan teknologi terkini di UCLA (university Of California).Untuk melihat biodata Lembaga Penasihat Perubatan dan saintifik Herbalife, sila klik disini







