Mengapa Harga Produk Herbalife berbeza-beza ?

 

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Semalam saya mendapat panggilan dari seorang bakal klien yang bertanyakan mengenai produk herbalife. Beliau keliru kerana harga produk herbalife adalah berbeza dari seorang pengedar dan pengedar yang lain.Beliau telah menghubungi 3 pengedar yang berbeza sebelum saya. Tiga pengedar tersebut memberikan harga yang berbeza antara satu sama lain. Tetapi apabila beliau ingin berjumpa untuk penjelasan yang lebih detail, pengedar itu enggan dan memberikan layanan yang tidak profesional ” tengok dalam website tu pun dah cukup” kata pengedar itu tadi kepada beliau.

Akhirnya pelanggan tadi telah menjumpai halaman web rahsia langsing dan terus menghubungi saya bertanyakan mengenai harganya. Setelah saya memberikan harganya, beliau terkejut kerana harga yang saya berikan berbeza dengan 3 pengedar tadi. Saya memberitahu kepada pelanggan tadi bahawa harga yang saya berikan adalah harga yang telah ditetapkan oleh syarikat Herbalife.

Untuk pengetahuan anda syarikat Herbalife telah menetapkan harga bagi setiap produknya. Harga adalah berbeza antara ahli dan bukan ahli. Jika menjadi ahli akan mendapat diskaun sebanyak 25%, jika membeli secara program seperti program 4 bulan misalnya akan mendapat diskaun sebanyak 32%. Ini adalah antara terma dan syarat mereka, sesiapa yang melanggar syarat ini jika aduan dibuat akan di kenakan denda.

Mengapa mereka menjualnya dengan harga yang berbeza? Ini adalah disebabkan mereka memberi diskaun. Ramai orang seperti ini diluar sana. Selalunya orang seperti ini tidak menjalankan bisnes dengan cara yang betul. Mungkin mereka semata-mata ingin mendapatkan pelanggan tanpa memberikan khidmat nasihat, panduan, memantau perkembangan dan sebagainya. Sebabnya, sudahlah mereka memberikan diskaun, untuk berjumpa pelanggan pula perlu mengeluarkan duit poket sendiri. Tak mungkin mereka mahu mengeluarkan duit sendiri semata-mata untuk berjumpa pelanggan, menelefon dan sebagainya. Jika anda membeli dari orang sebegini, jangan salahkan produk jika berat badan anda tidak turun, salahkan pengedar yang tidak memantau anda. Jika anda sudah sign-up dengan pengedar terbabit, anda terikat dengan mereka, anda tidak boleh membeli produk dari pengedar lain.

Dalam bisnes (saya telah anggap ini sebagai bisnes saya), terdapat pelbagai jenis orang. Ada yang serius dan mempunyai pelan jangka panjang dalam bisnes ini, ada juga yang ingin semata-mata untuk mendapatkan pelanggan. Tak kira dalam bisnes jenis apa pun, kalau menjalankan perniagaan dengan cara yang salah pasti tidak akan bertahan lama. Saya juga percaya jika saya membuat sesuatu dengan cara yang betul akan berjaya juga akhirnya dan hasil yang diperolehi juga akan di berkati serta di hormati oleh pelanggan. Ada pengedar yang telah bergiat dalam herbalife selama berpuluh tahun dan berjaya. Kenapa mereka berjaya? Kerana mereka menjalankan bisnes dengan cara yang betul, pelanggan gembira kerana badan menjadi langsing,cantik dan menjadi buah mulut dikalangan kawan-kawan mereka. Kawan-kawan mereka juga ingin langsing, cantik dan akan menggunakan produk yang sama. Siapa yang dicarinya? Mestilah pengedar terbabit. Begitulah Herbalife berkembang dari satu produk yang dijual dari boot kereta hingga menjadi perniagaan bernilai berbillion dollar sehingga hari ini.

Oleh itu jika anda ingin serius menurunkan berat badan pastikan anda mencari dengan orang yang betul, yang dapat menjadi coach anda.

Your coach

\

Share This Post

6 Comments so far

  1. leng on January 20th, 2009

    sya da try produk ni tp tidak berkesan…hanya lgsg xmkn dan bersenam baru lah blh trn berat bdn.

  2. rahsialangsing on January 21st, 2009

    Hi Leng,

    For ur info, i x bersenam tetapi berat dan inci badan trun juga..tetapi segalanya bergantung pd metabolisme badan setiap org.

    Testimoni customer i yg paling berjaya dgn gunakan start now pack 2mgu trun 4.75kg, sebulan trun 6.75kg.

    Untuk berjaya, anda perlukan coach yg dpt berikan khidmat nasihat dan juga dapat melihat perkembangan program penurunan berat badan anda.

    Bagi setiap customer i akn coach & monitor setiap 2-3 mgu sekali utk memastikan mereka guna dgn cara betul, dan selebihnya bergantung pd disiplin individu.Bagi customer yg betul2 serius mereka akn menjadi ahli untuk mendapatkan disakaun dari 25%-42% bergantung kepada jumlah pembelian.

    Sekiranya anda tidak berjaya, sepatutnya anda berjumpa dgn coach anda untuk membantu.

    Mengikut pengalaman saya kebanyakan yg tidak berjaya adalah disebabkan oleh tiada coach @ salah memilih coach.

    Sekian terima kasih.

  3. tini on June 3rd, 2009

    hi,

    sy juga mendapati harga produk ini berbeza2.. boleh sy tahu, klu deal dgn akk, bape hrga utk 2 shakes tea mix (100gm)? tq.

  4. fiz on June 20th, 2009

    nak tahu harga….beli online

  5. norizz on November 25th, 2009

    akum akak..
    sy cm nk tau akak kt area mn..
    klu sy berminat n jd ahli atau pengguna produk
    bwh akak..mcmn akak nk jd coach tuk pantau..

  6. rahsialangsing on December 10th, 2009

    saya kat area Gombak, biasanya saya akan mengambil ukuran. Disamping itu juga, saya akan memberi panduan bagaimana untuk mendapatkan kesan apabila menggunakan produk ini

Leave a reply