Membeli Herbalife untuk mereka yang mempunyai budget yang terhad.
Assalammualaikum,
minggu lepas saya menghadirkan diri ke nutrition club upline saya di setapak untuk melihat bagaimana operasi nutrition club beliau. Di situ juga saya telah diberi taklimat mengenai operasi nutrition club beliau di samping sesi perbincangan dengan salah seorang pemimpin herbalife di Taiwan dimana negara tersebut
mempunyai lebih seribu nutrition club. Untuk lebih detail saya akan bercerita pada posting yang akan datang.
Seminggu yang lepas, saya menerima banyak email bertanyakan mengenai harga herbalife. Tetapi bila saya balas email mereka dengan harga herbalife, mereka terus menghilangkan diri hanya disebabkan faktor harga, tetapi tahukah anda herbalife bukan sahaja dapat menurunkan berat badan tetapi juga dapat memperbaiki kesihatan pengguna itu sendiri secara tidak langsung. Dapatkah produk pelangsingan lain memberikan penurunan yang diingini dan juga kesihatan kepada anda?
Jika saya tanya anda, kesihatan dan wang yang manakah lebih penting? mungkin sekarang anda merasakan harga itu mahal, tetapi tahukah anda jika kesihatan tidak diutamakan, berapa banyak pula wang yang anda perlu habiskan?
Tetapi bila saya ajukan persoalan ini kepada upline saya, beliau memberikan cadangan kepada mereka yang mempunyai budget yang terhad tetapi serius ingin menguruskan berat badan.
Kepada mereka yang serius ingin menguruskan badan, tetapi mempunyai budget yang terhad boleh membeli herbalife secara budget iaitu membeli F1 sahaja tanpa teamix. Ini adalah di sebabkan komponen utama mengawal kalori adalah F1. Cara menggunakannya pula terpulang kepada idea masing-masing, sama ada makan untuk sarapan sahaja atau masih minum 2 kali sehari. Jika anda minum sewaktu sarapan, penurunan berat badan masih berlaku, tetapi sedikit. Ini adalah kerana F1 hanya mengawal pengambilan kalori di waktu pagi. jika sebelum ini pengambilan kalori anda lebih kurang 900 kalori diwaktu pagi, dengan F1, anda hanya mengambil kira-kira 180 kalori. Jika anda mengawal pemakanan sewaktu makan tengahari
dan malam, mungkin jumlah pengurangan boleh ditingkatkan disamping tahap kesihatan anda akan meningkat. Jika anda minum 2 kali sehari, pengurangan berat badan berat badan akan
bertambah cepat.
Itu adalah salah satu cara kepada mereka yang ingin menguruskan badan dengan herbalife tetapi mempunyai budget yang terhad. Saya ada klien yang membeli pada secara budget iaitu satu F1 dan satu teamix. Beliau dapt menurunkan berat badan sebanyak 2.9 kg dengan sedikit bantuan dengan amalan berpuasa. Sebenarnya, sesiapa jua boleh menguruskan badan dengan herbalife cuma dapatkan coach yang akan memantau dan memberi nasihat dan persepsi bahawa Herbalife hanya untuk orang yang banyak duit adalah tidak benar kerana kesihatan adalah hak milik setiap insan.
salam sihat.









