Lagi Testimonial Herbalife Daripada Pengguna

Assalammualaikum Dan Salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Di harap agar anda sentiasa ceria kerana “laughter is the best medicine”. Hari ini saya tidak akan menulis panjang lebar cuma ingin membawa anda membaca satu lagi testimonial dari pengguna Herbalife yang betul-betul serius ingin menurunkan berat badan, ada keinginan untuk kurus dan mempunyai semangat ke arah itu dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Cerita yang ingin saya bawa adalah seperti cerita biasa yang anda dengar, berat badan naik setelah melahirkan anak dan tidak turun-turun lagi selepas itu walaupun telah mencuba pelbagai jenis ubat dan makanan tambahan .

Ada yang bertanya kepada saya melalui email bahawa dia telah mencuba pelbagai-pelbagai jenis cara tetapi berat badan masih tidak turun juga. Tetapi kenapa kawan dia makan ubat sekian-sekian boleh turun. Sebenarnya sudah banyak kali pertanyaan seperti ini berada dalam inbox saya.

Baiklah, saya hanya akan buat rumusan di sini mengenai permasalahan itu. Sebenarnya badan setiap manusia adalah berbeza antara satu sama lain, ada yang senag turun dan senang naik, ada yang senang naik susah turun dan sebagainya. Allah itu maha kaya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati, begitu juga dengan berat badan . Setiap orang mempunyai struktur tubuh yang berbeza, oleh itu mungkin seseorang itu sesuai dengan Herbalife dan ada juga yang tidak. Tetapi pengalaman saya dan juga testimonial yang saya dengar, semuanya berjaya menurunkan berat badan dengan Herbalife kecuali mereka yang menyimpan produk mereka di almari. Ada juga yang membeli Herbalife dengan orang lain tetapi mengadu kepada saya kenapa berat badan mereka turun sikit aje sedangkan mereka tidak mendapat panduan yang betul untuk menggunakannya.  Dah jadi macam customer service plak blog rahsia langsing ni. Tapi tak pe lah mana yang boleh tolong kita tolong mana yang tak boleh tu minta maaf banyak-banyak.

Alamak! dah panjang plak, tadi saya berjanji artikel kali ni tak panjang :). Oklah, akhir kata sila klik pautan di bawah untuk membaca testimonial sebenar bukan dari duta produk tetapi pelanggan biasa, orang biasa dan menggunakan produk yang sama.

Klik Kat Sini

Kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.Sekian.

Salam sihat,

Share This Post

No Comments

Leave a reply