Air Adalah Teman Untuk Melangsingkan Badan.

Banyak kali kita merasakan bahawa kita lapar, tetapi sebenarnya mungkin kita dahaga.Air bukan sahaja boleh mengawal selera anda tetapi ia juga boleh mengeluarkan toksin dan lemak dari sistem badan.

Air berguna untuk untuk penghadaman, perkumuhan dan perpeluhan. Kita perlu membekalkan badan kita dengan air yang secukupnya untuk di gunakan oleh badan,kulit, organ dan sebagainya.Jika anda meminum minuman beralkohol dan berkafein, anda perlu minum tambahan air tulen untuk mengantikan air yang hilang kesan dari pengambilan air beralkohol dan berkafein tadi.

Pakar pemakanan menyarankan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Jika anda melakukan senaman dan banyak berpeluh, anda perlu menambah lagi kuantiti pengambilan air.

Anda juga boleh mendapatkan air dengan memakan buah atau sayuran. Badan kita memerlukan air untuk mengelakkan daripada penyahhidrat.Kadangkala jika anda tidak meminum banyak air akan mengakibatkan simptom seperti sakit kepala, penat, bibir kering, berhalusinasi, keliru dan sebagainya. Ini akan mengakibatkan anda berasa lebih penat lagi.

Jika anda berasa sakit kepala, cuba minum segelas besar air dan lihat sama ada sakit kepala anda hlang. Ini adalah tanda jika anda tidak meminum air dengan secukupnya dan badan anda ternyahhidrat.

Meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bukanlah mutlak. Jika anda tinggal atau bekerja di tempat yang sejuk dan makan makanan yang mengandungi banak air, anda boleh meminum kurang dari lapan gelas sehari.

Sebelum anda makan, cuba minum segelas air, dan cuba lihat sama ada ia membantu anda supaya kurang makan. Ini kerana anda akan berasa cepat kenyang. Jika anda berasa lapar, cuba minums segelas air, mungkin anda sebenarnya haus dan bukannya lapar.

Kesimpulannya, meminum air dengan secukupnya memeberikan faedah kepada badan anda. Air boleh mengurangkan selera, memberi tenaga, merangsang otot, menghalang penghidratan, membuang toksin, mengelakkan sembelit,mengurangkan lemak membuatkan buah pinggang dan hati berfungsi dengan betul dan menolong membakar kalori, oleh itu minum air secukupnya.

Salam sihat,



Share This Post

Tips 2 Minit Untuk Hari Ini

Assalammualaikum,

Hari ni, saya ada tips untuk pembaca di blog ini, tetapi tips ini bukanlah berkenaan dengan herbalife, tetapi tips di dalam kehidupan seharian kita. Tips ni ringkas sahaja. Saya ringkaskan supaya senang di baca dan padat.

1-  Jawab Telefon denganmengunakan Telinga kanan.
2- Jangan minum kopi 2 kali sehari
3- Jangan makan pil dengan air sejuk
4-  Jangan makan makanan yang berat selepas pukul 5 PM
5- Kurangkan makan makanan yang berminyak
6- Minum banayak air diwaktu siang, manakala kurang di waktu malam
7- Jarakkan diri anda dari pengecas bateri telefon bimbit anda
8- Jangan Gunakan telefon bimbit/’earphone’ dalam tempoh yang lama.
9- Tidur yang berkualiti adalah dari pukul 10.00pm-6.00 am
10- Jangan terus baring selepas mengambil ubat sebelum tidur.
11- Apabila bateri telefon bimbit anda tinggal satu bar, Jangan jawab kerana radiasinya adalah 100 kalai ganda.

artikel ini saya dapat dari seorang kawan, oleh itu jika anda rasa artikel ini berguna, saya amat berbesar hati menulis untuk anda hari ini.

Sehingga jumpa lagi pada posting yang akan datang.

Salam sihat


Share This Post