Apakah Kalori?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Hari ini kita bercerita tentang kalori, pernah dengar apakah kalori? Dulu saya pun tak tahu apa itu kalori, maklumlah dah tak ingat walaupun belajar sains masa sekolah dahulu, dah lama tinggal, terus lupa.

Apakah dia kalori?

Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup.

Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat. Tenaga yang di ubah dari makanan di panggil kalori.Kalori di ukur dalam unit joule.

Rajah dibawah adalah keperluan tenaga/kalori untuk sehari di Malaysia.

Ada orang bertanya “apa salahnya mengambil banyak kalori?”.Anda akan menjadi gemuk dengan memakan makanan yang banyak kalori melebihi dari apa yang diperlukan oleh badan anda. Orang yang gemuk biasanya tidak sihat dan mudah terdedah kepada penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Adakah anda mengambil tahu kadar kalori yang anda makan seharian. Saya dan isteri saya dulu pun tidak, sebab itulah badan nya berisi setelah kami berkahwin, malah berat badannya semakin naik setelah melahirkan anak kami yang pertama. Dan setelah itu bertambah naik sehingga……..

Di bawah, saya senaraikan makanan yang mengandungi kalori beserta jumlah kalorinya sekali.

Murtabak/mutton - 1 keping - 722 kalori
Cheese Cake - 1 potong - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 hidangan - 414 kalori
Laksa Kari - 1 mangkuk - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 hidangan - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 pinggan - 660 kalori
Lor Mee - 1 mangkuk - 383 kalori
Mee Rebus - 1 pinggan - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 pinggan - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 pinggan - 743 kalori
Mee Wantan - 1 pinggan - 409 kalori
Laksa Penang - 1 mangkuk - 436 kalori
Mee sup - 1 mangkuk - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 pinggan - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 pinggan - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 pinggan - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 mangkuk - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 pinggan - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 pinggan- 637 kalori
Nasi Claypot - 1 mangkuk - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 mangkuk- 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 pinggan kecil - 630 kalori
Sup Krim - 1 mangkuk - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 hidangan - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 hidangan - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 keping - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 pinggan - 444 kalori
sandwich chicken salad - 1 pinggan kecil - 481 kalori
Pasembur - 1 pinggan - 752 kalori
Rojak Buah - 1 pinggan - 443 kalori
teh tarik - 1 gelas - 83 kalori

Alamak!! semua makanan kesukaan mempunyai kalori yang banyak!

Ya, betul, tapi itulah kandungan kalori yang dipersetujui oleh para pakar pemakanan. Patutlah perempuan senang untuk bertambah berat badan.

Share This Post

Apa Yang Anda Makan Adalah Diri Anda.

Ramai Yang Tidak Menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik, sehinggalah tiba-tiba mereka di timpa satu penyakit yang kronik. Kenyatan ini memang ada benarnya kerana apa yang anda makan adalah diri anda.

Berbagai faktor yang menyebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat. Salah satu daripadanya adalah faktor kesibukan sehari-hari yang menyebabkan kita mengambil jalan mudah, iaitu dengan mengambil makanan segera dan makanan dalam tin tanpa menyedari kesannya kepada kita.

Amalan pemakanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi.Ini adalah kerana ia akan mempengaruhi tahap kesihatan kita pada masa akan datang. Mungkin semasa remaja, kesihatan kita tidak terjejas, tetapi kesan akan mula di rasai apabila kita berumur 30-an.

Pakar kesihatan dan pemakanan juga bersetuju bahawa penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan sebagainya berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat.

Contohnya , penyakit jantung berpunca daripada kandungan kolesterol yang tinggi di dalam pembuluh darah. Sebenarnya kolesterol telah ada dalam badan kita sejak bayi lagi, kandungan kolesterol akan bertambah jika kita tidak mengambil berat apa yang kita makan.Makanan seperti daging,telur dan hasil tenusu merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik apabila diambil dalam kuantiti yang sederhana, tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol Lemak boleh menyebabkan kegemukan dan juga serangan jantung, manakala kolesterol adalah punca utama sakit jantung.Justeru pengambilan makanan dalam kategori ini seharusnya di kawal.

Di bawah adalah Piramid makanan yang menunjukkan pola pengambilan makanan yang sihat:

DiatasĀ  adalah gambar piramid makanan yang menunjukkan pola pemakanan yang sihat setiap hari supaya badan anda mendapat nutrisi yang mencukupi. Memang susah bukan? tetapi itu adalah pola pemakanan yang disyorkan oleh pakar pemakanan untuk memperolehi tahap kesihatan yang optimum.Bagaimana dengan corak pemakanan anda?

Salam Sihat ,

Share This Post

« Previous Page