Makanan Yang Dapat Mengurangkan Kadar Kolesterol.

Assalammualaikum,

Hari ini saya akan bercerita mengenai Makanan yang boleh menyahtoksinkan kolesterol dalam badan kita. Kolesterol terbentuk ketika kita masih kecil lagi. Jumlah kolesterol akan meningkat seiring dengan peningkatan usia. Jika kadar kolesterol dalam badan kita tidak di kawal, ia boleh menyebabkan pembentukan plak dalam darah yang akan meninggikan risiko sakit jantung.Di bawah saya senaraikan makanan yang boleh membantu mengurangkan kolesterol dalam badan:

1. JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Untuk memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh, disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi . Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

2. OAT

kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

3. KISMIS

Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%. Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol.

4. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol jahat dalam tubuh.

5. KACANG TANAH

Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol baik dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

6. IKAN TUNA

Ikan Tuna tergolong dalam sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol jahat.

7. EPAL

Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari dapatuntuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau minum jusnya, dapat menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

8. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

9. KUACI

Kuaci mengandungi zat besi. Pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari dapat menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol jahat sekali gus menghadkan kolestrol baik.

10. SOYA

Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral membantu memecahkan lemak di samping membantu meningkatkan kadar lemak baik dan mengurangkan kadar lemak jahat. Ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Kacang soya juga dapt mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis.

Saya pula hanya mengamalkan pengambilan Herbalife, selain dapat menurunkan berat badan, ia juga mengandungi segala nutrien yang diperlukan badan untuk menurunkan kadar kolesterol. Anda pula bagaimana? sudah periksa kadar kolesterol dalam badan anda?

Salam sihat

rahsia langsing

Share This Post

Kepentingan Minum Air Secukupnya.

Assalammualaikum,

Dah minum air ke belum? Badan manusia mengandungi 75% air. Adalah penting untuk minum air secukupnya. tahukah anda dalam sehari kita kehilangan 1.7 liter air melalui pernafasan, perpeluhan,  dan proses penghapusan. Air ini perlu di ganti jika tidak kita akan mengalami masalah seperti keletihan, kulit kering, sakit kepala/migrain, kekejangan,sembelit, tekanan darah tidak stabil dan masalah buah pinggang. Sebenarnya badan kita terhidrat lebih daripada 20% .

Berapakah kandungan air dalam badan anda?

berapa gelas air yang anda minum setiap hari?

Jika anda lihat gambarajah di atas, anda akan faham bagaimana dan di mana air digunakan dalam badan kita. Bayangkan 90% daripada otak kita terdiri daripada air, tidak mustahil kebanyakan orang yang menderita penyakit kepala tidak meminum ar yang secukupnya.

Dalam proses menurunkan berat badan dengan menggunakan Herbalife, saya minum sekurang-kurangnya 4 liter air.  Anda pula bagaimana?

Share This Post

Kebaikan Sarapan Pagi.

Assalammualaikum,

Beberapa hari yang lepas saya mendapat email dari seseorang yang berminat untuk menguruskan badan. Beliau membandingkan penggunaan Herbalife dan diet dengan cara mengawal pemakanan untuk kurus. Beliau menyatakan bahawa beliau skip sarapan pagi, tengahari minum susu dan skip makan malam. Kalau ikut logik, memang boleh kurus dibuatnya.

Tetapi tahukah anda bahawa jika tidak mengambil sarapan pagi, berat badan akan bertambah dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung di kemudian hari.Kajian terbaru mendapati, Individu yang tidak bersarapan pagi selama 2 minggu akan mengambil makanan dengan lebih banyak di tengahari dan malam. Hasilnya kadar kolesterol LDL (bad cholesterol) akan meningkat dan kepekaan kepada hormon insulin akan menurun berbanding kepada mereka yang mengambil sarapan pagi.

Kadar kolesterol yang tinggi dan gangguan kepekaan insulin merupakan faktor risiko utama untuk mendapat penyakit jantung.

Penelitian yang dilakukan di USA, bertujuan untukmelihat pengaruh dari kesan jika mengambil sarapan pagi dan yang tidak mengambil sarapan pagi keatas kalori yang masuk dan dibakar serta hubungannya dengan insulin, kadar kolesterol dan glukosa pada 10 wanita sihat dengan berat badan normal.

Selama dua minggu, wanita tersebut mengambil sarapan pagi yang berisi semangkuk cereal dengan susu (macam kellog cornflake la tu) dan seterusnya makan tengahari dan malam.

Setelah dua minggu, meraka tidak lagi mengambil sarapan pagi dan hanya makan di waktu tengahari. Keadaan ini berterusan selama 2 minggu.

Hasilnya menunjukkan bahawa wanita yang mengambil sarapan pagi, kalori yang masuk lebih rendah berbanding ketika mereka tidak bersarapan pagi.Di samping itu Kolesterol LDL lebih rendah sewaktu mereka mengambil sarapan pagi dan kepekaan kepada insulin juga lebih baik yang bermaksud risiko untuk mendapat penyakit diabetis juga menurun.

TIada penurunan berat badan di catatkan, tetapi dengan peningkatan kolesterol dan gangguan kepekaan kepada insulin, membuatkan mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung di kemudian hari.

Saya pagi-pagi lagi ambil segelas Herbalife. Selepas itu saya tidak perlu risau sama ada saya nak bersarapan atu tidak. Tetapi, dalam proses untuk menurunkan berat badan, sarapan pagi digantikan dengan segelas Herbalife yang mengandungi pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan. Anda pula bagaimana?

Sumber: The American Journal Of Clinical Nutrition

Share This Post

« Previous PageNext Page »