Tip-Tip Untuk Diet

Assalammualaikum

Mempunyai tubuh yang langsing dan ideal adalah idaman setiap orang, terutamanya bagi wanita.Untuk mendapatkannya, pelbagai cara di gunakan termasuk diet yang ketat. Tetapi, bukan tubuh langsing yang diperoleh, sebaliknya badan menjadi tidak sihat kerana kekurangan nutrien yang diperlukan oleh badan.

Apa yang Anda makan?

Perhatikan menu diet Anda, adakah anda makan makanan seimbang atau anda hanya makan satu atau dua jenis makanan tertentu saja dalam jangka waktu anda melakukan diet ketat. ? Mungkin berat badan Anda akan menurun dengan cepat, tetapi mungkin kesihatan anda akan terjejas. Oleh sebab itu, “diet ketat “ perlu diperhatikan jika:

* Tidak mengandung gizi yang seimbang menyebabkan badan kurang sihat

* Dapat mencapai berat badan yang diinginkan tetapi tidak dapat mengekalkannya.

* Tidak sesuai dengan pola makan keluarga sehingga Anda harus masak untuk Anda sendiri dan untuk keluarga.

* Diet tersebut sering membuat Anda lapar.

Dimana Anda makan?

* Buatlah beberapa perubahan kecil di sekitar ruang makan Anda, itu akan membantu Anda menghindari godaan untuk makan makanan yang tidak Anda perlukan.

* Pilih satu tempat makan yang spesifik di rumah (dan di tempat kerja). Misalnya meja makan yang diletakkan di tempat tertentu dan makan serta minum hanya di tempat itu saja.

* Jangan makan dan minum di tempat lain (di dapur, di ruang keluarga, di kamar mandi, sambil berjalan, dan lain-lain).

* Sebelum Anda duduk makan, aturlah ruangan tersebut dengan baik.

* Ketika Anda makan, jangan biarkan makanan yang lain berada di atas meja.

* Jangan menyimpan makanan seperti buah-buahan, kacang atau makanan ringan di ruangan dimana Anda makan.

Bila anda makan?

* Cubalah untuk makan secara teratur 3 kali sehari.

* Hindari untuk mencicipi makanan bila sedang menyiapkan dan memasak makanan.

* Bila Anda sedang makan, jangan sambil membaca buku atau majalah, menonton TV atau bercakap di telefon

* Jika ingin berbelanja (shopping), jangan dalam keadaan perut lapar. Sebaiknya makanlah terlebih dahulu.

Bagaimana Anda makan?

* Makanlah secara perlahan dan jangan tergesa-gesa.

* Gunakan piring kecil sebagai tempat makan Anda.

* letak makanan sesuai dengan keperluan pada pinggan Anda, dan jangan menambah lagi.

Dengan siapa Anda makan?

* Makan di luar sangatlah menyenangkan, tetapi janganlah makanan dijadikan sebagai alasan untuk bersosial dengan orang lain.

* Rancang apa yang akan Anda makan.

* Makanlah hanya apa yang telah Anda rancangkan. Jikarakan anda mempelawa anda makan, dengan sopan, katakan bahawa Anda sedang diet, maka teman Anda akan mengerti pola makanan anda yang baru.

* Jika menghadiri parti atau keramaian, janganlah berdiri atau duduk dekat dengan makanan.

* Ambilah sesuatu yang dapat anda minum (seperti: air mineral, air soda, minuman rendah kalori dan lain-lain).

* Buah segar, biskutt tanpa cream, crackers atau salad sayuran boleh dijadikan alternatif snacks bagi Anda.

Diharapkan tip-tip di atas dapat membantu sedikit sebanyak mengubah kebiasaan anda ke arah diet yang lebih baik, dapat menurunkan berat badan anda serta mengekalkannya di samping dapat mengekalkan kesihatan.

Saya pula tidak perlu mengamalkan diet Yang ketat untuk menurunkan berat badan, hanya menukarkan 2 sarapan dengan Herbalife dapat menurunkan berat badan sambil meningkatkan kesihatan. Anda pula bagaimana?

Share This Post

Tip-Tip Untuk Mengurangkan Berat Badan

Assalammualaikum,

Tahukah anda bahawa Malaysia menduduki tangga pertama dalam carta berat badan dunia.Gambar di atas menunjukkan bahawa 62% wanita di Malaysia adalah gemuk manakala 48% pula bagi lelaki dan 25% pula adalah obes.

Hari ini saya akan bercerita mengenai tip–tip untuk mengurangkan berat badan. Tip-tip ini sering di syorkan oleh pakar kesihatan. Tip-tip tersebut ialah:

Mengawal pengambilan kalori

Kalori adalah unit sukatan bagi tenaga. Tahukah anda berapakah kandungan kalori yang sering anda makan? Katakan anda bersarapan pagi dengan nasi lemak dan teh tarik. Jumlah kalori bagi kedua-dua makanan tersebut adalah 900 kalori. Itu belum lagi makan tengahari dan makan malam. Secara purata anda akan makan sebanyak 2900 kalori dalam sehari. Badan anda Cuma boleh membakar 1800 kalori bagi perempuan dan 2200 bagi lelaki, manakala selebihnya disimpan sebagai lemak.
Untuk maintain berat anda mestilah mengamwal pengambilan kalori setiap hari tanpa skip makan malam dan makan pagi. Jika anda skip makan pagi dan malam, badan anda tidak cukup nutrient yang diperlukan oleh badan.

Berjalan Kaki dan menggunakan tangga.

Berjalan kaki baik untuk kesihatan, selain dari mengekalkan kesihatan, aktiviti itu juga boleh mengurangkan berat badan. Jika anda membeli belah, anda boleh letakkan kereta jauh dari pusat membeli belah dan berjalan kaki. Jika hendak kepejabat pula, anda bolehlah menggunakan tangga. Katakan pejabat anda di tingkat 12, anda keluar dari lif di itngkat 10 dan seterusnya menaiki tangga ke tingkat 12.(untuk perempuan pastikan anda berteman)

Membasuh kereta

Aktiviti membasuh kereta menggunakan keseluruhan anggota badan. Selain dari menyihatkan badan, ia juga dapat membakar kalori dengan lebih banyak serta menjimatkan wang anda.

Mengemas rumah.

Mengemas rumah seperti mengemop, mengelap dan sebagainya memerlukan tenaga yang banyak. Seluruh anggota badan anda akan bergerak dan ini akan menggalakkan perpeluhan. . Ia meninggikan metabolisme dan seterusnya membakar kalori yang akan mengurangkan berat badan jika dilakukan berterusan.

Bersenam

Bersenam adalah faktor penting untuk kesihatan dan mengurangkan berat badan. Anda mesti bersenam sekurang-kurangnya 3 kali semingu selama 30 minit setiap kali. Atau jika anda mempunyai duit yang lebih, anda boleh membeli mesin treadmill supaya anda tidak perlu keluar rumah untuk bersenam.

Tetapi dengan gaya hidup di kota yang dipenuhi dengan kesibukan dan tekanan kerja, sukar agaknya untuk kita mengawal pemakanan dan bersenam juga Cuma kadang kala.

Bagaimana dengan anda? Saya pula hanya minum shake untuk mengurangkan berat badan sebanyak 12 kg dan membekalkan segala nutrien yang diperlukan kepada badan.

Salam sihat!

Share This Post

« Previous Page