Assalammualaikum,
Hari ini saya akan bercerita mengenai perjalanan saya untuk melangsingkan badan dan berapa banyak duit yang dihabiskan.
Berat Badan saya pada awal 20-an adalah lebih kurang 55 kg.Tetapi di sebabkan pemakanan yang tidak seimbang, berat badan saya meningkat ke 60 kg setelah bekerja. Berat badan saya meningkat menjadi 65 setelah berehat dirumah selama 2 bulan disebabkan tempat bekerja saya memindahkan operasinya ke tempat lain (Tutup kedai la tu:).
Sebelum berkahwin, berat badan saya berkurang kembali kepada 60 kg. Setelah berkahwin dan mengandung, berat badan naik mendadak sehingga 80 kg. Setelah melahirkan anak pula, berat badan saya kekal sekitar 70kg.
Di sini lah bermulanya perjalanan saya untuk menurunkan berat badan kerana bagi yang telah berkahwin dan melahirkan anak, badan tidak seperti sewaktu remaja, begitu sukar untuk turun.
Usaha saya yang pertama adalah menggunakan produk seperti chitosan, papain berry dan sebagainya.Di sini saya telah berhabis sebanyak RM 100++ setiap bulan tetapi hasilnya seperti yoyo, sekejap turun, sekejap naik.Akhirnya tak turun-turun.
Usaha yang kedua pula adalah menggunakan Gel yang di sapu ke bahagian yang berlemak.Tiap-tiap hari penat menyapu gel keseluruh badan di campur dengan rasa gel yang panas membuatkan sukar untuk tidur. Hasilnya ZERO. Di sini saya habis RM80++, (sekali beli aje).
Usaha yang ketiga adalah senaman. Saya telah membeli mesin ‘Threadmill’ yang berharga lebih kurang RM 900 untuk memudahkan saya bersenam hari-hari. Tetapi di sebabkan masa yang begitu suntuk, senaman saya tidak menjadi konsisten, kadang-kadang buat, kadang-kadang tidak. Akhirnya saya give-up kerana hasilnya juga tiada.
Usaha yang keempat adalah menjalani rawatan di slimming center yang terkenal. DI sini saya telah menjalani pelbagai jenis rawatan seperti di balut, dilumur dan sebagainya. Setelah ___sesi, saya mendapati kadar turun berat badan saya cuma sedikit, tidak padan dengan bayaran yang dikenakan. Dah la, kena buat temujanji, terpaksa menjalani rawatan yang melecehkan pulak. Dengan menggunakan kaedah diatas, berat saya masih lagi 70 kg, manakala duit pula telah habis lebih kurang RM5000++.Bayangkan betapa banyak duit dan masa saya habis. Mana tak nyer, mula2 bayar untuk program, temujanji yg kedua pula ditaburkan dengan keberkesanan produk yang kononnyer akan dapat mempercepatkan penurunan berat badan etc. Tetapi semuanyer tipu belaka, kos makin bertambah tapi hasilnya tiada. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan 5 sesi yang terakhir.
Sehinggalah, pada suatu hari saya telah bertemu dengan seseorang yg tidak dikenali yang mengesyorkan saya untuk menyertai ‘free lunch’ untuk nutrician food selama 3 hari. Pada mulanya saya menolak, tetapi setelah didesak, terdetik di hati untuk melihat dan mencuba. Di sini lah bermulanya pengenalan saya kepada produk herbalife ini.
Produk ini memang lain dari yang lain, ini kerana ia bukan sahaja dapat menurunkan/ menaikkan berat badan bagi mereka yang kurang berat badan tetapi ia juga dapat memberikan vitamin yang diperlukan oleh badan kita untuk kesihatan. Inilah yang membuatkan saya begitu tertarik dan jatuh hati kepada herbalife ini.
Kini saya telah dapat menurunkan berat badan sehingga 9kg, bukan sahaja berat turun tetapi juga inci badan. Bagi wanita ‘reshape’ amat penting untuk kelihatan menarik.Di samping itu, herbalife juga menawarkan peluang bisnes kepada mereka yang ingin menjadi pengedar.
Kepada mereka yang ingin memesan Herbalife, boleh lah menelefon/SMS nombor di bawah:
Norlilasari:013-6150232, setria:016-2917580
Semoga berjumpa di newsletter yang akan datang di mana lebih banyak testimonial yang akan di paparkan.
Salam sihat untuk semua!
