Lagi Testimonial Herbalife Daripada Pengguna

Assalammualaikum Dan Salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? Di harap agar anda sentiasa ceria kerana “laughter is the best medicine”. Hari ini saya tidak akan menulis panjang lebar cuma ingin membawa anda membaca satu lagi testimonial dari pengguna Herbalife yang betul-betul serius ingin menurunkan berat badan, ada keinginan untuk kurus dan mempunyai semangat ke arah itu dan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Cerita yang ingin saya bawa adalah seperti cerita biasa yang anda dengar, berat badan naik setelah melahirkan anak dan tidak turun-turun lagi selepas itu walaupun telah mencuba pelbagai jenis ubat dan makanan tambahan .

Ada yang bertanya kepada saya melalui email bahawa dia telah mencuba pelbagai-pelbagai jenis cara tetapi berat badan masih tidak turun juga. Tetapi kenapa kawan dia makan ubat sekian-sekian boleh turun. Sebenarnya sudah banyak kali pertanyaan seperti ini berada dalam inbox saya.

Baiklah, saya hanya akan buat rumusan di sini mengenai permasalahan itu. Sebenarnya badan setiap manusia adalah berbeza antara satu sama lain, ada yang senag turun dan senang naik, ada yang senang naik susah turun dan sebagainya. Allah itu maha kaya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati, begitu juga dengan berat badan . Setiap orang mempunyai struktur tubuh yang berbeza, oleh itu mungkin seseorang itu sesuai dengan Herbalife dan ada juga yang tidak. Tetapi pengalaman saya dan juga testimonial yang saya dengar, semuanya berjaya menurunkan berat badan dengan Herbalife kecuali mereka yang menyimpan produk mereka di almari. Ada juga yang membeli Herbalife dengan orang lain tetapi mengadu kepada saya kenapa berat badan mereka turun sikit aje sedangkan mereka tidak mendapat panduan yang betul untuk menggunakannya.  Dah jadi macam customer service plak blog rahsia langsing ni. Tapi tak pe lah mana yang boleh tolong kita tolong mana yang tak boleh tu minta maaf banyak-banyak.

Alamak! dah panjang plak, tadi saya berjanji artikel kali ni tak panjang :). Oklah, akhir kata sila klik pautan di bawah untuk membaca testimonial sebenar bukan dari duta produk tetapi pelanggan biasa, orang biasa dan menggunakan produk yang sama.

Klik Kat Sini

Kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.Sekian.

Salam sihat,

Share This Post

Info for beginner..

Salam dan selamat malam sumer…erm, malam nie terasa nak menulis plak ditambah suasana nyaman malam nie kerana hujan kat luar tue..woo lena tido nie..ahaks!

Malam nie saya nak bercerita mengenai pengalaman saya pula. Apa yang saya tahu memang ramai org yang berminat untuk turunkan berat badan nie..ialah, terdapat pelbagai sebab kita nak turunkan berat badan kan dan ada pelbagai cara di luar sana yang diperkenalkan pada kita..Tapi hanya satu jer persoalannya iaitu berjaya atau tidak dan juga baik atau bahaya pada diri kita sendiri.

Saya tahu ramai di luar sana yang berminat dengan herbalife(tetapi terfikir fikir tentang harganya, saya dulu pun begitu juga..hehe)

Disebabkan keazaman yg kuat untuk turunkan berat badan dan juga mengetahui kebaikannya, maka saya tetap mencuba. Selagi kita tak cuba kita tak tau kan??

Yang paling utama juga kerana saya memikirkan jika dibandingkan harga untuk herbalife yang kita pasti akan dapat resultnya, berbanding tidak guna produk ini tetapi duit tetap habis beli macam2 makanan yang tak berkhasiat yang cuma bg hasil badan makin bertambah GEMUK , so saya rasa lagi berbaloi beli herbalife kan?

So satu hari saya cuba buat kira2 sendiri chewah..nak compare nyer pasal nie, betul ke tak apa yg saya fikirkan.

Dalam sehari saya bole habiskan lebih kurang RM7-RM15 untuk berbelanja. Biasala kan waktu rehat dgn kawan2 nie, pasti ada jer tempat makan yang di tujui…ditambah lagi dengan membeli barang2 sampingan lagi..woo byk gak habis.

Dikira 1 day RM15- Spent makan

30 day x RM15= RM450

Jika i spent duit tue untuk beli produk, rasanya lagi baik coz badan pun slim, reshape dan juga ada result (berbaloi tue pada diri sendiri)

oleh itu saya selalu berfikir bahawa betul lah apa yang dikatakan iaitu

We are what we eat!

Jadi, cuba cubalah tanya diri kita sendiri..APA KITA MAKAN HARI INI???

Semoga bercerita lagi, good nite to all!




Share This Post

Testimonial Video Mengenai Herbalife

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Apa khabar anda hari ini? di harapkan berada dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini merupakan hari untuk bersenang-senang di rumah, maklumlah hari ahad. Setelah melakukan beberapa kerja-kerja rumah, saya melayari internet buat seketika. Semasa melayari youtube, saya terlihat video testimonial mengenai Herbalife yang di rakam pada tahun 2008 di Hotel Flamengo.Tahun yang sama saya mula menggunakan Herbalife.

Walaupun video ini di rakam oleh orang lain, tetapi saya masih baru menggunakan Herbalife waktu itu dan main-main lagi sewaktu menggunakannya. Setelah menghadiri seminar tersebut, saya mengetahui pelbagai cara bagaimana menggunakan Herbalife untuk memaksimakan hasil. Lain orang lain keputusannya, bergantung kepada badan masing-masing.

Seringkali juga saya menerima email dan SMS daripada mereka yang tidak memperolehi hasil yang di ingini setelah beberapa lama. Kepada mereka yang telah menjadi ahli kepada distributor lain, saya hanya bagi ringkasan sahaja, sebab saya tidak boleh mengganggu downline orang lain. Itu peraturan dari Herbalife.

Ada juga mereka berpendapat bahawa halaman web rahsia langsing berfungsi sebagai media penerangan kepada Herbalife. Tidak!! halaman web ini di tubuhkan sebagai salah satu media pemasaran kepada saya yang merupakan Independent Distributor bagi produk Herbalife. Oleh itu sesiapa yang SMS atau email saya untuk bertanya minta maaf jika anda telah menjadi ahli kepada orang lain, saya tidak boleh balas lebh-lebih, ia tidak adil kepada saya dan juga upline mereka.

Oleh itu, sila tengok video tersebut dan fahamkan bahawa kesan bagi setiap individu adalah berbeza-beza. Jika ada pertanyaan untuk produk atau menjadi ahli, jangan lupa hubungi saya seperti no yang tertera di blog ini. Tetapi jika anda telah menjadi ahli kepada orang lain minta maaf, saya tidak boleh menjual produk kepada anda.

Akhir sekali, ada juga yang tanya saya mengenai harga. Harga yang saya tawarkan adalah seperti yang tertera di halaman web rahsialangsing.Memang di akui ada yang menawarkan diskaun sebab itu ada harga yang berbeza-beza. Polisi saya, saya ikut harga yang di tentukan oleh syarikat, apa yang saya boleh berikan adalah coaching dan support yang terbaik yang termampu saya beri. Itu sahaja buat kali ini, kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

sekian,

Share This Post

Next Page »