Berpuasa Dengan Herbalife.
Assalammualaikum,
Sudah agak lama saya tidak menulis di sini. Pada bulan puasa ini saya tidak membuat apa-apa promosi secara offline ataupun menghadiri latihan. Cuma saya membuat promosi melalui halaman web Rahsia Langsing, walaupun ramai yang subscribe, tetapi tidak ada yang menghubungi untuk keterangan yang lebih lanjut.
Mungkin mereka cuma untuk melihat-lihat ataupun memang mereka tidak serius. Untuk langsing menggunakan Herbalife, ‘keseriusan’ adalah penting. Jika anda serius, untuk langsing adalah seperti kacang putih. Saya akan ceritakan pada posting yang akan datang mengenai sepupu saya yang mempunyai berat badan sebanyak 93 kg, hilang sebanyak 4.1 kg setelah menggunakan produk herbalife selama 1 bulan .
Puasa tahun ini sunguh berbeza berbanding tahun lepas kerana tahun ini saya tidak berasa penat menjalani ibadah puasa di siang hari. Ini adalah kerana selepas bersahur, saya meminum segelas Shake berperisa cappucino, dengan nutrisi yang ada membuatkan saya bertenaga sepanjang hari. Sepupu saya yang bekerja kilang juga merasakan begitu.
Kebiasaanya tahun lepas tengahari mesti rasa nak tidur dan tak bermaya walaupun bekerja di office.Penatnya semacam aje, badan pun susut dengan banyaknya. Tetapi tahun ini, dengan meminum shake selepas sahur, saya berasa bertenaga sepanjang hari dan tidak akan tidur di waktu rehat. Selepas berbuka pula, saya akan meminum segelas lagi shake dan keesokan harinya saya akan mudah bangun untuk bersahur. Di samping itu, berat badan saya juga tidak susut dengan banyaknya.
Ini bukanlah tulisan yang berbentuk hype atau provokasi. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi dengan orang ramai mengenai khasiat produk Herbalife. Herbalife bukan sahaja produk untuk langsing, tambah berat badan malah sesiapa yang mementingkan kesihatan juga boleh meminumnya. Jadi tulisan-tulisan di sini adalah kisah benar saya dan isteri dalam menggunakan produk Herbalife. Di samping itu juga sebagai pengedar berpangkat penyelia, saya juga akan menceritakan kisah-kisah pelanggan kami dalam menggunakan produk Herbalife, baik untuk langsing, tambah berat badan malah untuk kesihatan juga.
Sekian dahulu buat kali ini. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Herbalife bolehlah menghubungi kami melalui talian berikut:
Lily:013-6150232 setria:016-2917580
sehingga berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.









