Ulangtahun Kedua Halaman Web Rahsialangsing

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada anda yang masih sudi berkunjung ke blog ini.

Sudah agak lama saya tidak menulis artikel di blog ini. Ini adalah lantaran kesibukan yang di lalui setiap hari. Di samping urusan perpindahan kerumah baru kami di Rawang, mengadakan shake party untuk ahli baru serta membalas email dari bakal pelanggan ditambah dengan kerja-kerja pejabat menambahkan lagi kesibukan saya. Kerja semakin bertambah tetapi masa masih 24 jam sehari. Setelah urusan perpindahan kerumah kami di Rawang selesai, saya akan memastikan artikel di blog ini aktif, paling tidak satu artikel sebulan.

Pada tahun ini, genap dua tahun halaman web www.rahsialangsing.com berada di halaman sesawang. Dan dalam tempoh itu juga saya berjaya memperolehi pelanggan yang kini menjadi kawan hanya melalui internet. Ada yang pernah bertemu muka dan ada juga yang tidak pernah. Selain itu, saya juga berjaya mengumpul beberapa ratus senarai email dalam pengkalan data komputer saya. Di harap agar mereka yang mendaftar dalam pengkalan data akan bertukar kepada prospek.

Setelah dua tahun halaman web www.Rahsialangsing.com berada di internet, pelbagai kejayaan telah di kecapi cuma saya belum berjaya merekrut supervisor di bawah saya. Di harapkan agar tahun, kami berjaya merekrut sekurang-kurangnya seorang.

Saya juga ingin memastikan halaman web Rahsialangsing sebagai rujukan kepada mereka yang serius ingin melangsingkan badan. Walaupun saingan semakin sengit, saya percaya bahawa produk menceritakan segalanya. Bak kata orang putih “ Lets product talk”. Oleh itu, saya berharap agar halaman web ini dapat menjadi antara halaman web perintis dalam industri kebugaran (wellness). Ada juga antara mereka yang menjadikan halaman web rahsialangsing sebagai rujukan dalam menggunakan produk. Mungkin mereka telah membeli produk Herbalife dari orang lain dan tidak mendapat “coaching” maka sayalah yang menjadi sasaran rujukan.

Di sebabkan peraturan syarikat yang melarang ahli membeli produk dari orang lain selain daripada  upline mereka, saya telah menjadi bahan rujukan, ini menyebabkan banyak masa saya telah terbuang.Untuk pengetahuan kepada mereka yang belum menjadi ahli Herbalife, setelah anda mendaftar dengan seseorang, anda tidak boleh membeli produk dari orang lain. Anda akan kekal dengan orang tersebut.

Oleh itu, pastikan anda mendaftar dengan orang yang betul-betul dapat membimbing anda untuk menjadi langsing. Sekian dahulu artikel kali ini, semoga kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

ikhlas,

Share This Post