Halaman Web Baru Saya
Asalammualaikum dan selamat sejahtera,
Apa kahabar anda hari ini? Di harap dalam keadaaan sihat dan sejahtera di samping keluarga tersayang. Sudah agak lama saya tidak mengemas kini artikel di blog ini.
Ini adalah di sebabkan saya begitu sibuk dengan kerja seharian dan sibuk dengan pembinaan halaman web baru saya.
Untuk pengetahuan anda semua, saya baru sahaja membina satu halaman web e-dagang. Halaman web ini saya gunakan untuk menjual koleksi barangan wanita yang terkini.
Saya mulakan dengan tudung jenama Hamrah. Saya mendapat bekalan tudung ini daripada halaman web juga. Di sebabkan rekaannya yang terkini dan jarang terdapat di pasaran, saya mencuba untuk menjual pula. Pelanggan pertama saya adalah sepupu saya.
Oleh itu saya membuat inisiatif untuk membuat halaman web e-dagang pula. Sasaran saya adalah wanita-wanita bertudung yang memnetingkan gaya terkini.
Oleh itu, saya menjemput pembaca blog saya supaya berkunjung ke halaman web baru saya. Sila klik pautan dibawah untuk kehalaman web tersebut:
Di harap agar pembaca blog ini dapat memberikan komen mengenai halaman web tersebut. Halaman web tersebut akan menjalani proses kemaskini dari semasa kesemasa.
![]()








