Forum Rahsia Langsing

Assalammualaikum,

Baru-baru ini, saya telah mendaftar untuk membuka sebuah kedai online yang berbentuk forum. Saya telah mendaftar satu ruangan khas untuk saya membuka topik perbincangan mengenai rahsia-rahsia melangsingkan badan dengan Herbalife.

Memandangkan untuk menguruskan forum sendiri menuntut masa dan kos yang banyak, saya menyewa sebuah ruangan khas untuk bakal pelanggan saya bertanya, melihat pertanyaan , feedback, komen dan sebagainya.

Di dalam forum tersebut juga saya bersedia menjawab segala persoalan yang ingin dikemukakan berkaitan dengan Herbalife. Tetapi, jika anda ingin bertanya, anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Jangan risau, pendaftaran adalah percuma.

Oklah, itu sahajalah entry untuk memperkenalkan ruangan khas saya dalam sebuah forum. Oleh itu sesiapa yang ingin melawat forum tersebut,  SILA KLIK DISINI

Salam sihat

 rahsia langsing

PS: Jangan lupa berkunjung ke forum saya tu ye:)

Share This Post

Tanda-Tanda Awal Kanser.

Assalammualaikum,

Posting saya kali ini berkaitan dengan kanser. Saya dapat artikel ini melaui email yang di hantar oleh seorang rakan. Tetapi saya pernah membaca artikel ini suatu masa dahulu.

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim
- Sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama
dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting,
pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar
- Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan
usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru
- Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada
dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut
- Hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,
cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa
- Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit
dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari
- Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa
bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih
mendalam.

(8) Kanser otak
- Sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh,
pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat
- Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)
- Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak
- suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar
membengkak di leher.

PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Alkohol
3) Sinaran cahaya matahari
4) Pengambilan ubat
5) Perokok yang tidak aktif
6) Tembakau
7) Radiasi
8) Pekerjaan
9) Pencemaran air dan udara
10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon
yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen!
Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah
anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan
mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. “Bah Kut Teh” (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan
tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana.
Fakta diperolehi dari “Health Corporation of Singapore “.

4. Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate  atau
ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang
panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive,
Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari
mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh
melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa
yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)
turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan  jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

Ulasan saya:

Saya simpulkan disini bahawa, faktor utama adalah makanan. Tahukah anda bahawa badan kita terdiri daripada sel? Jika makanan yang kita makan mengandungi semua nutrien yang diperlukan badan, sel-sel dalam badan kita juga kan sihat dan tidak akan “mengganas“. Jika sel-sel ini mengganas atau tidak stabil, dari sinilah kanser akan wujud. Oleh itu, makanlah makanan yang bukan sahaja mengenyangkan kita, malahan sel juga.

Salam sihat

rahsia langsing

PS: Saya hanya menggunakan Herbalife sebagai makanan tambahan kerana ia mendapat pengiktirafan sebagai Cellular Nutrition atau nutrien untuk sel. Disamping menurunkan berat badan secara sihat, ia juga dapat meningkatkan taraf kesihatan saya:)

Share This Post

3 Tunjang Utama Bagi Kesihatan Yang Baik

Assalammualaikum,

Apa khabar anda hari ini? Di harapkan sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera. Hari ini saya akan bercerita mengenai 3 tunjang utama untuk memperolehi kesihatan yang baik. 3 tunjang utama untuk kesihatan yang baik adalah:

1) Air

Badan kita terdiri daripada 75% air yang berfungsi untuk melindungi organ-organ utama dalam badan kita. Contohnya, otak mengandungi 90% air, tidak mustahil jika individu yang mengalami sakit kepala yang teruk , tidak minum dengan secukupnya. Setiap hari badan kita kehilangan 1.7 liter air melaui pepeluhan, pernafasan dan perkumuhan. Air-air tersebut mestilah diganti, jika tidak ia akan menjejaskan kesihatan seperti penat, kulit kering dan sebagainya. Jika kita lihat, orang-orang yang terlalu workaholic, sampai terlupa untuk minum secukupnya. Satu tips untuk mengatasi masalah ini ialah, beli bekas air yang mempunyai striking sebanyak 2.0 liter. Pagi-pagi, sebelum bekerja, masukkan air sebanyak 2.0 liter. So, kita mesti menghabiskan 2.0 liter air tersebut dalam sehari.

2) Senaman

Tunjang yang kedua pula adalah senaman yang berkala. Dengan hanya lebih kurang 20 minit sehari, senaman dapat memperbaiki tahap kesihatan kita, menguatkan jantung dan menguatkan tulang dimana ia sangat penting terutamanya untuk wanita.

3) Nutrisi (nutrien yang mencukupi)

Ini adalah yang paling penting. Setiap hari badan memerlukan Vitamin, Protein,Mineral dan sebagainya. Ini adalah supaya badan dapat berfungsi seperti biasa di samping kesihatan pun terjaga. Tetapi apa yang biasa kita makan? makanan segera, makanan dalam tin,kolesterol,lemak dan sebagainya. Makan yang kita makan sehari-hari sebenarnya merosakkan badan dalam jangka masa panjang. Sebab itulah, pakar pemakanan meramalkan penyakit kanser akan menjadi pembunuh nombor satu pada tahun 2010 nanti di samping penyakit jantung. Ini adalah disebabkan amalan pemakanan yang tidak betul. Bagaimana kita hendak mendapatkan semua nutrien yang diperlukan? jawapannya makanan tambahan. Walaupun ramai yang skeptikal, tidak dinafikan makan tambahan penting untuk membekalkan nutrien yang penting kepada badan. Lainlah kalau kita menanam sendiri sayur, bela sendiri ikan,ayam dan sebaginya. Sayur,ikan ayam yang kita makan setiap hari mengandungi bahan kimia dan racun serangga.

Saya menulis artikel ini bukannya untuk mengatakan produk yang saya jual ini adalah terbaik, tetapi itulah hakikatnya. Disamping menurunkan berat badan, ia juga dapat meningkatkan taraf kesihatan. Malam tadi juga di dalam kereta, saya mendengar kuliah agama di IKIM yang mengatakan kita wajib untuk menjaga kesihatan. Jika kita memakan makanan yang halal tetapi memudaratkan, ia jatuh kepada haram.

So, cukupla buat kali ini, kita berjumpa lagi di posting yang akan datang.

Salam sihat

rahsia langsing

p.s= saya hanya mengambil Herbalife untuk membekalkan segala nutrien.

Share This Post

Next Page »