Adakah Herbalife Berkesan Mengurangkan Berat Badan?
Assalammualaikum,
Saya sering di tanya oleh bakal pelanggan saya mengenai keberkesanan Herbalife. Ada yang bertanya berkesan atau tidak?. Di botol setiap produk ada tertulis moneyback guarantee jika berat badan pelanggan tidak turun dan setelah mengamalkan peraturan penggunaan produk. Sehingga kini tiada pelanggan saya yang memulangkan kembali produk mereka.
Dalam halaman web saya, saya tidak meletakkan secara spesifik pengurangan berat badan dalam tempoh tertentu. Ini adalah disebabkan kesan bagi setiap orang adalah berbeza. Walaupun halaman web yang baik ialah yang mempunyai headline yang spesifik, tetapi saya tidak boleh menyatakan bahawa apabila menggunakan Herbalife, akan turun sebanyak 5 kg sebulan. Ini adalah disebabkan sifat tubuh badan masing-masing. Ada yang boleh turun berat badan sebanyak 5 kg sebulan, tetapi ada yang mengambil masa dua bulan. Disinilah pentingnya coach untuk memantau perkembangan program anda, sebab itulah saya tidak meletakkan harga pada halaman web saya.
Tetapi apa yang pasti, produk ini berkesan dalam menurunkan berat badan. Untuk melihat testimonial, anda boleh melawat halaman web saya. Saya rasa segala persoalan mengenai keberkesanan Herbalife sudah terjawab. Cuma terpulang kepada individu samada ingin percaya atau tidak. Memang segelintir mengatakan Herbalife mahal dan memilih untuk membeli produk yang murah, tetapi produk yang murah itu berkesan atau tidak. Posting saya yang lepas menyatakan bahawa saya berhabis lebih kurang RM5000.00 untuk mencuba pelbagai jenis produk, tetapi tiada yang berhasil. Nak kurang sebanyak 1 kg pun susah. Tetapi dengan Herbalife saya berjaya mengurangkan berat badan saya sebanyak 12 kg, serta membentuk kembali badan saya seperti sebelum melahirkan anak.
Salam sihat











