Adakah Produk Herbalife Mahal?
Assalammualaikum,
Hari ini genaplah 17 hari kita berpuasa dan saya mengucapkan selamat berpuasa kepada mereka yang berpuasa hari ini. Hari ini saya hendaklah menulis mengenai feedback-feedback yang saya perolehi daripada pengunjung laman web kami mengenai produk Herbalife.
Sehingga kini halaman web kami telah di kunjungi oleh lebih kurang 669 “unique visitor” berdasarkan statistik daripada server, tetapi hanya 2 orang pengunjung betul-betul serius untuk melangsingkan badan. Yang lain-lainnya cuma sekadar ingin tahu dengan harapan produk ini tidak lah semahal yang di sangkakan. Tetapi apabila di beritahu bahawa harganya sekian-sekian, terus prospek tersebut menghilangkan diri.
Saya ingin mengatakan bahawa harga untuk produk ini bukanlah mahal sangat berbanding nilai kesihatan yang di anugerahkan olehNya. Sebelum ini saya ada bercerita mengenai wang saya yang habis dalam proses untuk melangsingkan badan iaitu lebih kurang RM5xxx.00. Saya percaya prospek-prospek mengharapkan produk Herbalife ini murah seperti produk-produk yang lain.
Apa yang menjadikan produk ini “mahal” adalah disebabkan syarikat Herbalife ini mempunyai pakar-pakar pemakanan dan juga makmal moden untuk membuat ujikaji. Mereka mengambil kakitangan yang terbaik dalam bidang masing-masing. Contohnya seperti Louis Ignarro P.H.D adalah pemenang anugerah Nobel dalam bidang pemakanan. Jadi prduk yang dihasilkan juga adalah terbaik dalam pengurusan berat badan dan nutrisi makanan.
Herbalife juga mempunyai trademark “cellular nutrition” atau nutrisi untuk sel. Di sebabkan itulah selain dari kehilangan berat badan, penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolesterol, kencing manis dan sebagainya juga akan hilang sama sekali. Ada satu kes tu, penyakit kanser kulit juga boleh sembuh.
Tetapi kami tidak menyatakan yang Herbalife ini adalah ubat. Secara logiknya, badan kita terbina daripada berjuta-juta sel. Apabila sel-sel ini tidak normal, sel ini tidak akan berfungsi, maka penyakit-penyakit juga akan hingap. Contohnya, kencing manis adalah di sebabkan kerosakan pada pankreas yang merembeskan insulin, fungsi insulin ini pula mengawal paras gula dalam darah. Jika pankreas ini rosak, ia tidak dapat merembeskan insulin kedalam darah dan menyebabkan paras gula dalam darah meningkat, lalu terjadilah penyakit kencing manis. Kencing manis ini pula jika tidak dirawat akan menyebabkan kerosakan buah pinggang yang akhirnya pesakit buah pinggang terpaksa menjalani dialisis yang kosnya beribu ringgit sebulan.
Organ-organ penting ini rosak akibat pemakanan yang tidak mempunyai nutrisi, tabiat segera dikalangan rakyat Malaysia meninggikan lagi risiko kerosakan kepada organ-organ penting. Secara logiknya, jika nutrisi yang lengkap diberikan kepada badan, sel-sel dalam badan kita tidak akan rosak dan yang rosak akan tumbuh kembali.
Bagi saya yang telah kehilangan bapa akibat kanser, sedar yang kesihatan tidak dapat di jual beli dan pelaburan yang paling penting berbanding yang lain. Walaupun artikel ini lebih kepada kesihatan, tetapi objektif halaman web rahsialangsing masih lagi memberikan pilihan kepada mereka yang ingin melangsingkan badan.









