Air Adalah Teman Untuk Melangsingkan Badan.

Banyak kali kita merasakan bahawa kita lapar, tetapi sebenarnya mungkin kita dahaga.Air bukan sahaja boleh mengawal selera anda tetapi ia juga boleh mengeluarkan toksin dan lemak dari sistem badan.

Air berguna untuk untuk penghadaman, perkumuhan dan perpeluhan. Kita perlu membekalkan badan kita dengan air yang secukupnya untuk di gunakan oleh badan,kulit, organ dan sebagainya.Jika anda meminum minuman beralkohol dan berkafein, anda perlu minum tambahan air tulen untuk mengantikan air yang hilang kesan dari pengambilan air beralkohol dan berkafein tadi.

Pakar pemakanan menyarankan agar meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari. Jika anda melakukan senaman dan banyak berpeluh, anda perlu menambah lagi kuantiti pengambilan air.

Anda juga boleh mendapatkan air dengan memakan buah atau sayuran. Badan kita memerlukan air untuk mengelakkan daripada penyahhidrat.Kadangkala jika anda tidak meminum banyak air akan mengakibatkan simptom seperti sakit kepala, penat, bibir kering, berhalusinasi, keliru dan sebagainya. Ini akan mengakibatkan anda berasa lebih penat lagi.

Jika anda berasa sakit kepala, cuba minum segelas besar air dan lihat sama ada sakit kepala anda hlang. Ini adalah tanda jika anda tidak meminum air dengan secukupnya dan badan anda ternyahhidrat.

Meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari bukanlah mutlak. Jika anda tinggal atau bekerja di tempat yang sejuk dan makan makanan yang mengandungi banak air, anda boleh meminum kurang dari lapan gelas sehari.

Sebelum anda makan, cuba minum segelas air, dan cuba lihat sama ada ia membantu anda supaya kurang makan. Ini kerana anda akan berasa cepat kenyang. Jika anda berasa lapar, cuba minums segelas air, mungkin anda sebenarnya haus dan bukannya lapar.

Kesimpulannya, meminum air dengan secukupnya memeberikan faedah kepada badan anda. Air boleh mengurangkan selera, memberi tenaga, merangsang otot, menghalang penghidratan, membuang toksin, mengelakkan sembelit,mengurangkan lemak membuatkan buah pinggang dan hati berfungsi dengan betul dan menolong membakar kalori, oleh itu minum air secukupnya.

Salam sihat,



Share This Post

Kedai Online Rahsia Langsing

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada tahun 2010 ini genaplah halaman web rahsialangsing berada di internet. Dalam tempoh tersebut, perbagai dugaan dan cabaran yang di hadapi.

Sempena usia yang genap 2 tahun ini, saya telah membuat kedai online untuk Rangkaian produk dari Herbalife. Ia merangkumi set pelangsingan badan hinggalah produk untuk luaran seperti produk untuk kulit, rambut dan sebagainya. Tujuan saya membuat kedai online ini supaya pelawat halaman web mempunyai pilihan untuk membeli. Mungkin mereka tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membeli di dalam set, mereka boleh membeli produk setiap satu.

Untuk melihat kedai online tersebut, anda boleh klik pautan di bawah.

http://www.rahsialangsing.com/store

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai pembelian produk, sila hubungi saya di talian yang tertera pada blog ini. Segala komen dari anda amat kami hormati.

Salam sihat,

Share This Post

Minum Tea Hijau (Green Tea) Dapat Mengurangkan Berat Badan.

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Ada kajian di buat menunjukkan bahawa teh hijau  proses pengurangan berat badan dengan merangsang badan untuk membakar kalori dan membakar lemak .Selain itu kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak teh hijau juga dapat meningkatkan pengoksidaan lemak dan meningkatkan tahap metabolisma.

Ini mungkin di sebabkan ia tidak mengandungi atau sangat sedikit kafein, walau bagaimanan pun sesetengah kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak teh hijau mempunyai faedah yang lain untuk mengurangkan berat badan. Beberapa penemuan menunjukkan bahawa kehadiran Flavonoid di dalam green tea yang boleh mengurangkan berat badan.Apabila flavonoid bergabung dengan ramuan ekstrak green tea yang lain, lebih banyak kalori akan di bakar.

Ekstrak teh hijau tidak menyebabkan kesan sampingan yang tidak baik. Ini adalah salah satu kebaikan ekstrak teh hijau. Oleh itu ia tidak membahahayakan pengguna dan selamat di ambil bersama produk pelangsingan yang lain.

Teh hijau juga di ketahui mempunyai faedah kesihatan yang lain seperti mengurangkan risiko penyakit jantung,ulser dan kanser.Selain itu ia juga dapat memberikan tenaga dengan segera kepada badan anda. Anda boleh meminum teh hijau dengan air panas atau sejuk. Jika anda tidak menyukai rasa teh hijau, anda boleh mendapatkan ekstrak teh hijau seperti tea mix yang mempunyai perisa lemon dan hibiscuss.

Teh hijau tea juga dapat merendahkan gula dalam darah di mana ia dapat melindungi peminumnya daripada diabetes atau sekurang-kurangnya simptom lepada penyakit tersebut.

Tetapkan program anda dengan Teh hijau dan cuba selama seminggu. Jika anda merasakan perubahan lepada badan anda, oleh itu anda akan tahu ia ádalah berkesan kepada anda. Di sebabkan ia tidak merbahaya lepada kesihatan, ia adalah berbaloi untuk mencuba.

Di Herbalife Malaysia terdapat satu produk iaitu Tea Mix, merupakan salah satu dari 3 produk utama untuk melangsingkan badan. Tea Mix adalah ekstrak teh hijau yang yang di campur dengan ekstrak buah lemon, buah pelaga dan juga bunga raya. Baunya yang wangi dan rasanya yang hebat membuatkan anda tidak perlu Untuk menutup hidung ketika meminumnya:)

Jika anda ingin mendapatkan teh hijau ini, anda boleh menghubungi saya pada nombor yang tertera di blog ini.

Akhir kata, amalkan petua meminum teh hijau untuk kesihatan anda dan untuk detoksifikasi.

Salam sihat,




Share This Post

Next Page »